JellyPages.com

Thursday 25 October 2012

Salam 9 Zulhijjah 1433h

Assalamualaikum...


hyee uolsss. morning !!! Salam 9 Zulhijjah 1433h. haa korang puasa ta hari nie? kalau sesiapa yang berpuasa tu selamat berpuasa. banyak taw fadilat or kebaikkan puasa hari nie :) soo marilah kita ramai2 berpuasa yeww. jom jom hikhik XD




Kelebihan puasa Hari Arafah

Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.

Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :

“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)

Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :

Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi)


Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”. Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”. Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.

okee saja nak berkongsi ilmu. hati ini bukan nak menunjuk tapi niat hanya hendak mebersihkan hati,

Annyeong!♥

No comments: