JellyPages.com

Thursday 16 August 2012

Renungkan :)

Assalamualaikum..


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."

Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

inspired by : http://fauziahmohdnoor.blogspot.com/

p/s: tiba2 rasa takut pulok. yelaaa cuak ah. tapi memang betul pon. aku setuju sangat. marilah kita sama2 muhasabah diri.

Annyeong!♥

mid sem kembali :)

Assalamualaikum...

hye uollsss uollssss *lambai tangan* im homeeee!! yeahhh akhirnyaaa balik jugak rumahhh.. arghhh ta sabar gilaaa gilaaa nak landing dekat my katil. nak cakap kat sini. katil i sangat sangat la empuk. come join me :D hehe dah dah mengarut je.



semua tawu kan. lagi berapa hari jer nak raya. kalau dihitung hitung maybe dua hari lagi. but i have no feeling for this raya. ta tawu kenapa weh.. aku rasa sedih nak tinggalkan ramadhan tahun nie. seriouss tak tipu oke!  nanti rindu nak berbuka. rindu nak bersahur. rindu nak berterawih dekat khemah ARAFAH! waaaa i will miss THEM! kenapa aku rasa sekejap sangat ramadhan nie. kenapa! whyy whyy??  :'(

paling sedih sekali! time akhir ramadhan nie la period aku nak datang kan. hishhh spoil laaaa.. baru nak sambung terawih kat rumah. tapi kalau kat rumah aku cakap korang aku ada perasaan malas sikit nak pergi terawih. bukan sikit. kadang2 banyak nak tawu kenapa? yelaaa mana tak nye. masjid kat sini sumpah sejuk giler weh. dah la pasang kipas. dok pergi pasang aircond lagi. memang aku rasa nak tidur la kan. kalau kat tapah tu. hummm jangan cakap. berpeluh dahh. sampai nak mandi dua kali jer malam tu. anyway dekat mana-mana terawih nie sama jer. janji hati kita ikhlas nak tunaikan solat tu. kan kan? hehe XD

now aku dah pulih sikit daripada demam, selsema, and batuk. sangat cool oke demam lama2 nie. tak pernah aku demam lama macam nie. sampai ubat M pon nak dekat habis aku kerjakan haha btw, thank you M. jasamu dikenang. saranghaee! hehe XD n for ATEN yang selalu dok bebel jangan minum ais and ubat awak diberi nama FABRECOL yang i think is quite good :) thanks korang korang yang care pasal i uhuks uhuks *lap air mata* hahaha

nak tunjuk pic yang cool cool oke :

nak ke KTM in UITM bus :)

KTM Tapah. pahal aku gemuk semacam nie >.<

aten, zu and me. sangat FAKE okee! haha

again but in surau hehe

nadz and syiraa
 lepak chill di secret recipe :)


muka aku sumpah macam orang tua yang penat. ciss!

muka sedih makanan dia yang ta berapa nak awesome XD

p/s:aku tengok sempena ramadhan nie ramai jugak yang dah berubah untuk menutup aurat. alhamdulillah. btw, kita tengok lepas ramadhan acane perubahan dia. oke oke? hehe

Annyeong!♥

Saturday 11 August 2012

saya dah gatal oke !

Assalamualaikum..


saya nak cakap nie
dah tiga SEM awak..
saya suka sangat sangat dekat awakkkk
saya dah try untuk avoid perasaan nie.
tak tahu kenapa bila saya buang perasaan tu
dia datang kembali
whyy awak. whyy whyy ??
ishh!
gatal kan aku? 
ada aku kisah ! hahaha

okee kepada sesiapa yang dah gatal macam aku nie. meh aku nak bagi tawu cara dia. yelaa mesti kita as perempuan segan giler kan nak bagi tawu kat orang tu. dah macam perigi mencari timba pulak dah. ta moh ta moh. ta elok oke :D and certain people. dia memang suka dekat orang tu. and berharap one day memang orang tu jodoh dia. dan paling penting dia ta nak COUPLE. nak KAHWIN TERUS kalau boleh hehe. macam aku laa!! hehh hehh nie aku nak share satu doa. the most people said doa mendekatkan jodoh. perghh nama doa pon aku dah seram hahaha ! check it out :


"Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati2 mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik2 pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala2nya".

p/s:ya allah, kau jaga dan simpan kan hati si dia hanya untuk aku. jagalah iman dia. jika dia bukan jodoh aku.  aku redha. aminn :)

Annyeong!♥

Friday 10 August 2012

Anger. Sadness. Exhaustion. Numb. Emptiness.

Assalamualaikum..


hari nie, minggu nie aku rasa sangat sangat la sedih, marah, tension, nak meraung bagai pon ada. tak tahu kenapa dengan diri ini dan perasaan ini. alangkah heaven nyer if hati ini boleh menjawab persoalan aku. mungkin kerana aku dah jauh dengan DIA. mungkin.. ada malam tu aku tak tahan sangat. hanya DIA jer yang aku mengadu. time tu aku tak boleh nak fikir. siapa gerangan manusia yang nak mendengar masalah aku nie. yelaa kalau mereka-mereka tanya aku kenapa, apa masalah aku. the answer is ....... i dont have any answer for the question laa :( aku tak tahu apa dan kenapa. jiwa aku KOSONG. seperti lagu najwa latif tu. kosong~ kosong~ oke mengarut. ehumm ehumm *mood sedih mood sedih*

selepas perasaan tu menguasai diri aku. mula lah pelbagai andaian. kadang2 tepat jugak andaian aku nie. yelaa diri aku. aku je yang tawu okee. korang jangan busy bodyy. bwekkk :p maybe the only MOST of the prob is aku nak period kot. tu macam sewel jer kan. n lagi satu. ya allah. sangat sangat tension oke. mana tak nyer. minggu nie jer. dengan present CTU (nasib baik dah present!) dengan test nyer ECO jumaat nie (senang je hehe). Next week pulak dengan kena submit nye drafting BEL. and paling takut and seram. serius tak tipu. TEST 2 CALCULUS wehhhhh. arghhh the killerrr paperrr. DAMN! DAMN! :'( tu sebap mental aku ta bape nak center kot. haiyaaa.. 

waaaaa nak bagi tahu kat siniiii
waaaa dah stresss sangat !!!
waaaa nak balik rumahhh
tak sabar oke 
tak sabar !!!
nak tidurrr jerrr
tak nak fikir apa ponggg
boleh takkk?
:'(
ya ALLAH.. aku nak sihat macam dulu aku nak normal macam dulu
kembalikan semangat aku yang dulu
pulihkan kesihatan aku seperti biasa..
aminn :)

p/s: now aku tak sihat. kena selsema then demam pulak. lepas demam batuk & sakit tekak pulak. aishh dugaan puasa nie. tapela lagipun penyakit nie kan nak mengahapuskan doasa2 aku yang lampau ekekeke :D 

Annyeong!♥

Sunday 5 August 2012

Kasih Mu









Tuhan, 

kalau Kau tak izinkan cintaku 

untuk jatuh pada

 hatinya,


 tak mengapalah. 

tapi aku harap 

Kau jatuhkanlah hatinya pada 

insan yang bakal memimpinnya 

ke syurga, 

pada saat dia betul-

betul bersedia. 

pintaku, janganlah dia dilukai lagi.




mohon

ya, Tuhan? 

aku mohon dengan sangat. 

kerana walau apa pun 

usahaku, 

pada akhirnya aku sedar 

aku cuma mampu 

meminta dari-

Mu :’)