JellyPages.com

Friday 15 February 2013

Happy Birthday to you..

Assalamualaikum..

Happy birthday to you! 
Happy Birthday Happy Birthday!
Happy Birthday to you....

May ALLAH bless you always
I hope you hear this song :)


Saturday 9 February 2013

Cinta oh cintaaa

Assalamualaikum...

Ingin sekali aku buat satu perkongsian..Ia tentang aku dan Cinta..Betapa aku bersyukur aku berada di jalan ini..

Aku di sekolah rendah pernah menyukai seseorang, tapi itu mungkin cinta anak kecil,yang sebenarnya masih belum faham erti cinta.. Ketika itu aku masih tidak reti untuk berdoa untuk mendapatkan cinta,  tapi aku selalu berharap, aku dapat bersamanya bila besar nanti.. Beberapa tahun berlalu, aku memasuki sekolah menengah,di tingkatan 1 dan 2, aku masih menyukainya walaupun tidak sekelas. Namun Allah merencanakan agar aku tidak bersamanya, dan membuatkan aku jatuh cinta pada orang lain ketika akhir tingkatan 3..Itu juga cinta remaja yang mungkin tidak bernilai..Tapi kerna cinta kedua ini,aku melupakan cinta pertama, iaitu cinta kepada Ilahi.. Subhanallah.. Aku menyesal sangat aku menghampiri maksiat di awal usia remaja lagi.. Ampunkan aku tuhan..

Sungguh.. ketika itu. perasaan sayang itu ada ,tapi aku tahu Allah lebih sayangkan aku bila mana aku dipisahkan dari si dia selepas 2 tahun bermain cinta..

Kini aku kembali tanpa cinta.. Aku fikir dalam dalam setiap perkara yang berlaku, kerna aku ingat kata ustaz, setiap yang berlaku ada hikmah..aku menilai kisah 'cinta' ku dari awal .. hingga akhir, ya Ada hikmahnya ..

Haih. Bila nak dicakap soal cinta ni, hati ni sejujurnya dah macam letih nak mula percaya orang, nak mula letakkan harapan pada orang, nak macam bergantung pada orang. Kalau nak sebut pasal letih, memang dah letih sangat. Dah penat kenal. Macam macam benda. Bukan nak cakap diri ni memilih, even memilih tu harus lah dah kata nak sehidup semati kan, takkan nak simply random pick and kahwin. Bahaya andai tak dirisik, dinilai dulu, especially agamanya. Tapi itulah, kalau nak disebutkan pasal cinta ni. Alahai, malas nak fikir jadinya. 

Entahlah, bila cakap pasal kahwin, tipu la kalau cakap diri ni tak cuak bila sebut pasal kahwin. Typical question that will come out from my mind. "Betul ke dia ni yang terbaik untuk aku?" "betul ke aku dah berkahwin?" hahaha. Mesti akan rasa macam ragu-ragu. Entahlah, after spending quite some times as a single lady ni, takda calon untuk kahwin, hati ni takda lagi fikir betul ke tidak mamat ni terbaik untuk aku. I have my criteria that i want my future husband to have it. And criteria tu bukan criteria yang over. Tak mintak lebih, cukuplah sekadar yang beriman. So to play safe, mulakanlah untuk bina rumah tangga dgn orang yang agama dia alhamdulillah dijaga sehabis baik. Sebarang perubahan lepas kahwin tu, take it as a challenges if perubahan tu ke arah negative. Asalkan kita dah pilih untuk kahwin dgn orang yang beriman, tika masa dia melamar kita tu.

Umur dah 20 tahun ni. Keadaan rasa makin genting bila kawan-kawan yang tak pernah bercinta, dah mula risaukan pasal jodoh. Haha. Hakikatnya, yes. Mereka banyak yang risaukan andai bertemu jodoh dengan lelaki yang tak baik. Jangan kita bersangka buruk dengan Allah. Allah sayang kita andai kita sayang Allah. Allah akan bagi suami yang baik baik untuk kita. Just, jangan bersangka buruk. Yakin dengan Allah. Ini lah jugak yang seribu satu kali aku pesankan dengan diri aku sendiri. haha

Allah meniupkan perasaan cinta kepadaku kerna itu fitrah aku sbg manusia, namun Allah menahan hatiku dari melakukan maksiat dgn banyak , Terima Kasih Allah .. :)

Jadi pengajaran buat semua..Jika anda menyintai seseorang, yakinlah,jika anda tidak bersamanya,ada hikmahnya..Yakin bahwa Allah ada rencana lebih baik buat kita.. Yakin..Yakin :)

p/s:sudah. focus balik pada tujuan hidup. hidup kerana ALLAH. bukan sebab nak couple/kahwin semata-mata. going to study for my killer paper financial mathematics now. focus! focus!

ini cinta-cinta hatikuu :)










Annyeong!♥